Showing posts with label Cushion. Show all posts
Showing posts with label Cushion. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

M=Mari Menghias Meja

Salam lebaran dari kami. Akhirnya 1 Syawal disambut dengan penuh kegembiraan. Lihat saja Nabilah dan papa yang tersenyum lebar itu. Sempat juga kujahit baju kurung kedah Nabilah di malam raya di rumah emak.



Nabilah yang keriangan bersama papa, Pak long dan sepupu-sepapat

Siri menghias rumahku masih belum berakhir nampaknya. Kali ini misiku berjaya dihabiskan menjelang 10 Syawal. Barulah seronok untuk menyambut tetamu yang datang. Siapa lagi kalau bukan pakcik, makcik, nenek serta atuk nabilah. Kegembiraan dan kepenatanku berbaloi juga kerana mereka amat sukakan hiasan set meja makanku. Emakku paling gembira kerana dapat melihat meja makan miliknya suatu ketika dahulu nampak seperti baru :) Yeay!!!

Dan tak kurang juga kerusi ini yang ditambah keempukkan tempat duduknya iaitu kusyen kerang bertemakan corak yang sama-kusenyum sampai ke telinga.



Dengan pembantu kenit yang didatangkan khas, Alhamdulillah kusempat jua menyempurnakan impian papa yang inginkan sedikit kelainan pada syawal kali ini.

pembantu untuk ukur saiz kusyen kerang :D

Kepada anda semua, Selamat menjalankan tugas seperti biasa dan terima kasih kerana terus membaca coretanku ini.

Monday, September 6, 2010

L=Lebaran lagi!!!

Alhamdulillah masih ku dapat mengecap penghujung Ramadhan. Semoga anda semua selamat tiba di kampung halaman.

Projek lebaran kali ini ialah menukar sarung kerusi meja makan pemberian emak. walaupun sudah lebih 10 tahun usianya (lebih tua dari Nabilah) ia masih kukuh dan boleh digunakan lagi.

Dengan bantuan papa yang sedang rajin dan rancak mengemas rumah, projekku kali ini berjalan lancar ;)
Ini lah rupa sarung asal, selepas dibuka.


dan... inilah penggantinya!! Koto design oleh Alexander Henry. Tak sabar ku ingin menggunakan stok yang masih ada setelah bersusah payah mengangkut guna kontena :)) untuk projek seterusnya.. Tunggguuu ya..



Tadaa... nampaknya raya kali ini dihiasi dengan warna dan aura dari Jepun.


Buat pembaca semua.. Selamat berhari raya!! Hiaskan raya anda dengan senyuman sepanjang masa :)))))