Friday, January 29, 2010

B untuk BEG A'ina

Lagi tentang A'ina. Kerana saya baru pertama kali bergelar ibu, pengalaman untuk bersalin ialah zero. Hanya baca buku dan dengar cerita dari mereka yang telah bergelar ibu sebagai panduan. A'ina lahir 3 minggu lebih awal dari EDD.




Kisah beg A'ina akan termaktub sebagai sejarah kerana berjaya disiapkan sewaktu dilanda 'contraction'. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya :) Hubby dah mula curiga kerana dah sakit perut hampir sehari suntuk tapi diri ini hanya rasa seperti sakit perut nak melepaskan qada' hajat.. hihi... Apa-apa pun hatiku tetap ingin melangsaikan projek yang hampir siap iaitu beg diaper untuk A'ina.




Ku gagahkan jua..... sedikit demi sedikit


dan akhirnya terus pack untuk ke hospital.. siap sempat shooting lagi oleh hubby :D



dan yang paling aku suka tentang beg A'ina ialah zip (double zippers) yang kubeli dengan harga 10yen=40sen di pasar kutu disini.

0 comments: