Monday, February 1, 2010

D untuk DISKAUN

sesiapa pun pasti sukakan tajuk ini bukan? Siapa yang tidak mahu berjimat walaupun sepuluh sen. Kalau nak dapatkan belian yang berbaloi saya suka pergi ke フリ-マケット (flea market/pasar kutu) atau beli di Yahoo auction.

Ini antara 'goodies' yang berbaloi untuk dibeli di フリーマケット.Double zippers, japanese cotton, benang untuk mesin serger dan kain quilt.



dan ini pula 'jajan' keluaran JUKI yang dibeli di Auction tahun lepas hasil bidaan hubby. Saya tak pandai main bida/auction sebab timing kena tepat. Saya sangat sayangkan mesin-mesin ini walaupun model lama dan 2nd hand kerana ianya tertulis buatan Jepun. Susah nak cari mesin buatan Jepun sekarang ni. Walaupun ada yang terkini dan canggih biasanya akan ditulis 'made in China'. Emak ada beli mesin JANOME keluaran EPAL tetapi bila dibelek-belek kualiti mesin JANOME yang dijual disini jauh lebih baik dari yang dijual di Malaysia. Kenapa?? Adakah sama seperti isu kereta PROTON yang dijual untuk diimport dan yang dijual untuk kegunaan tempatan?



Semoga karya yang telah terhasil atau bakal terhasil sehebat mesin yang direka. Ini antara karya terawalku menggunakan mesin-mesin diatas. kemeja hubby dan tunic blouse.. hihihihi


0 comments: