Tuesday, January 30, 2018

FKK Upcycling di dada akhbar

Dari semalam saya masih senyum sampai ke telinga. Akhirnya artikel yang dihantar telah diterbitkan di Harian Metro semalam. Versi hardcopy dan online juga ada. Jemput baca ya. Sekadar kenangan dan sumber inspirasi buat anak didik dan anak sendiri (*.*)v

(Nak juga ambil gambar cover page semasa dalam kereta)

Apa yang terlintas semalam... Eheheh... ala-ala frasa yang dijumpai dalam lagu boboi boy versi lama rupanya :D

Jom tengok muka surat seterusnya. Ok.. ok... identiti saya bukan rahsia lagi (tutup muka). Tapi tak nampak pun saya sebab nun terselit dicelah-celah uncang yang cantik-cantik belaka.



Ada lagi mukasurat seterusnya... Pasukan kesayangan saya FKK Upcyclers. Saya masih mencari-cari istilah (bahasa melayu) yang sesuai untuk upcycle. Kalau ada cadangan boleh kongsi ya!



Apa yang seronok sangat tentang projek ini? mestilah kerana saya telah berjaya mengurangkan 'peraman' kain perca saya yang tersimpan lama. Cuba tengok bahan mentah ini. Saya kerap gusar sebab tak luak-luak perca yang ada sehinggalah tercetusnya aktiviti ini.

Peraman kain perca kesayangan

Yang terakhir sekali ialah, menjawab pertanyaan bapa saya berkenaan perenggan terakhir dalam artikel di harian metro. Iaitu cenderahati yang kami hasilkan sendiri untuk VC UiTM. Pemilik kedai bingkai mencadangkan cenderahati ini dijual dengan harga RM2,000. Banyak kali saya suruh dia ulang dan dia tetap mengatakan "hand-made ma... mesti kena mahal"... Wow!!.. saya pulang dengan hati yang dilema antara kerjaya yang dibina atau hasil keras tangan yang lumayan$$$. Nun di sudut hati saya masih mengimpikan sesuatu yang luar biasa.



0 comments: