Tuesday, January 26, 2010

A untuk A'INA

Hajimemashite!!..

Salam perkenalan dari Karya Nuno Lady. Sudah lama hati teringin untuk berblog tetapi kerap bertangguh sehingga ke hari ini. Maka sempena pembuka tirai 2010, demi A'ina blog ini didedikasi khas untuknya. Bila A'ina dah pandai baca nanti, semoga A'ina dapat menghargainya. Lagipun bercuti agak panjang kali ini. A'ina lahir pada tanggal 7 Januari idi Sakura Machi Hospital, Tokyo. Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila lahir 'Baby Alien' di sini. Ya.. Alien itu adalah gelaran pada penetap atau penduduk bangsa asing selain dari orang Jepun. Oh... begitu sekali kami di label. Namun layanan yang diterima tetap sama seperti non-Alien juga. Syukur...




Kenapa pilih nama Karya Nuno Lady?? Karya meliputi apa sahaja hasil tangan dan ideaku kerana kumenggemari berkarya menggunakan mesin jahit, kamera dan komputer. Tanpa gadget itu semua, duniaku seperti kosong tidak berwarna. Nuno pula ialah perkataan bahasa jepun yang bermaksud fabrik atau kain kerana ku amat menggemari kain kapas atau cotton sejak dibangku sekolah lagi. Lady pula sinonim dengan jiwa keperempuanan.... m(*v*)m

Ini ialah percubaan pertamaku menjahit baby booties. Gambar ini mengingatkan nostalgia zaman kanak-kanak bila main 'police and thief'. Antara bait-bait yang masih kuingat ialah 'police and thief want to jaga. Polis mati pencuri jaga'... Akan wujud lagikah permainan ini kalau A'ina dah melangkah ke alam kanak-kanak nanti?

2 comments:

Fid said...

hajimemashite
Fid desu
yoroshiku....

Nuno Lady said...

Hi Fid.. nama pun dah hampir sama.. Fit :)
yoroshiku ne...
Hidup BF !!