Di bulan februari.. (terngiang-ngiang lagu dari ALLEYCATS). Saya memang suka kompilasi album mereka ;D. Tak sabarnya nak menunggu musim bunga. Walaupun salji hanya sekali sekala tetapi bisa menggigit tulang belulangku.
Menjelang Februari bermaksud akan menjelangnya musim bunga. Dan bunga yang menyambut kedatangan HARU=spring ialah bunga UME=bunga plum. Sekali pandang seperti sakura tetapi bukan. Bunga Ume yang sudah mula berputik menandakan akan bermulanya UME MATSURI=Pesta bunga plum.
Cantik bukan? saya suka warnanya seakan ungu dan merah jambu dan tak kurang juga yang bercampur (dwiwarna) seperti carnation. Kehadiran UME dan matsuri diraikan dengan berkelah dibawah pohon disamping menikmati keindahan/kecantikan bunga.
Besarkan? tetapi tidak sebesar dan serendang pohon SAKURA=Cherry.
Versi putih bersih yang masih kekal (tidak gugur) dilanda salji.
Dan dengan kehadiran Februari, akan tibalah penghujung pengajian sistem semester disini. Selamat maju jaya buat papa. Kepulangan kali ini membawa dua sijil (sijil kelahiran A'ina dan sijil tamat pengajian papa). Tahniah buat papa yang bakal bergelar HAKASE=Dr. falsafah.
Dan ku abadikan kenangan bunga UME dibaju nursing rekaanku yang terkini ;D dari japanese cotton. Baru je siap tadi selepas hampir 2 minggu 'berhempas pulas' dengan A'ina. Hmm.. masih tidak puas hati dengan hasil kali ini kerana 'gatal' mengubah rekaan di saat akhir :( . Tambahan pula dengan pertama kali kubermain dengan warna pastel. Lesson: Pastel colour makes me fat :D.. geeeee . Siapa setuju? mungkin ada sesiapa sudi berkongsi idea mengenai warna pastel. Apa pun kutetap sukakan rekaan kali ini yang lebih selesa untuk sesi breast feeding :)
0 comments:
Post a Comment