Sunday, March 21, 2010

H=Hip hip hooray!

Lama sudah tidak dikemaskini blog ini kerana sibuk dengan aktiviti mengemas sambil menjahit. Tinggal beberapa hari lagi akan kutinggalkan bumi matahari terbit dan sisa hari yang tinggal kupenuhi dengan menyiapkan cenderahati untuk rakan-rakan semakmal dan sensei-sensei tercinta. Kalau nak dikutip setiap kenangan memang boleh dibuat buku agaknya :D
Maka untuk teman semakmal yang bergelar otoko (lelaki) koleksi beg-beg cerut ini dari koleksi kartun bertema nomaneko=kucing mabuk Q19 untuk mereka. Kugunakan sampel yang sedia ada dari beg kasut POWER yang sudah lama kutinggalkan sepi kerana tak sempat berjogging.




untuk teman-teman wanita pula, ini koleksinya. Wristlet garden party by Keyka Lou

dan tak lupa untuk sensei tachi,



dimana nama-nama mereka kuabadikan disini.






Akhirnya dapat kuberjimat sedikit untuk peruntukan hadiah tetapi terpaksa membeli masa bersama A'ina Nabilah. Terima kasih Papa

0 comments: