Tuesday, March 23, 2010

I=Indah Impianku

Dari dulu tertanya-tanya apa beza impian dan cita-cita? Jika disingkap kembali nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak, cita-citaku ingin menjadi tukang jahit tetapi kini telah bertukar menjadi impian. yerla inspirasi ibu yang selalu menjahit. Dan kalau ibu tiada dirumah, mesin jahit jadi mainanku hihi (shhh..) sebab ibu memang tak bagi sentuh mesin jahitnya.


Sekarang, impian dan cita-citaku jauh bezanya. Cita-cita telah kucapai tetapi impian masih belum lagi. Setelah A'ina lahir keinginan memburu impianku semakin memuncak. Rasanya jiwa wanita ini memang sesuai beraktiviti di rumah berbanding di ruang pejabat (sapa setuju?hihi). Tapi demi mencari nafkah, terpaksa impian kusampingkan dahulu.



Kumulakan impianku dengan menjual kain disini setahun yang lalu dan menjual nursing cover.


Kegilaan terhadap kain kapas (cotton) semakin menjadi-jadi apabila kuberjaya menjejaki bandar tekstil di Nipppori, Tokyo. Walaupun penemuannya hanya selepas 3 tahun kuberada di sini dengan beberapa 'lubuk' kegemaran penyinggahanku. Dengan kemudahan pembelian secara talian terus (online) dari kedai-kedai di Jepun dan sedikit kemahiran berbahasa dan membaca tulisan Jepun, impianku harapnya masih dapat dikejar dan direalisasikan suatu masa nanti.

0 comments: