Jejak bersama A'ina bermula pada 29 Mac yang lepas. Dari Koganei kami bermalam di Ueno sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Narita. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga kami mendarat di KLIA. Walaupun tidak sempat ber-hanami=melihat sakura yang berguguran, A'ina masih sempat merakamkan kenangan bersama kudupan bunga dan sebahagian yang telah berkembang sebelum pulang.
A'ina dan sakura di Koganei International House
Bermalam di Hotel Rainbow, Ueno - Hotel yang pernah kami menginap sewaktu kali pertama tiba di Tokyo 5tahun lepas
Majlis A'qiqah untuk A'ina Nabilah dan Nur Irdina juga berjalan lancar pada 3 April lepas di Tanjung Malim. A'ina lahir selang 8 jam selepas kelahiran Irdina. Sempat juga kujahit jubah comel dari serban ayah untuk mereka berdua menggunakan mesin jahit emak.
A'ina yang sedang tidur lena
Selesai majlis baru A'ina sedar dari lena
Dan ini semua hasil hidangan dari air tangan nenda A'ina iaitu emakku. Kambing masak kari tanpa santan, ayam masak opor, sambal goreng tempe Singapura, ayam goreng dan kuih lopes tradisional. Memang sedap sehingga menjilat jari dan pinggan :D
Aromanya yang sungguh menyelerakan mama yang sekian lama merinduinya
Terima kasih kepada tetamu yang hadir; saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan ahli kumpulan marhaban Kampung Seri Kliang. Kini bermulalah jejak A'ina di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment