Pastikan anda turun di stesen keretapi yang betul dan keluar di pintu yang betul kerana Nippori merupakan salah satu stesen yang agak besar kerana menghubungkan penumpang yang ingin ke Lapangan terbang antarabangsa Narita. Anda boleh rujuk peta JRlines bagaimana ingin ke Nippori. Yang pastinya walaupun tidak boleh berbahasa Jepun anda masih boleh menggunakan bahasa Tarzan kerana itu yang pernah kulakukan suatu ketika dahulu :D
Sekiranya anda terjumpa atau berjumpa dengan bendera/bunting kuning seperti dalam gambar di atas, anda tidak perlu risau kerana anda memang telah berada di bandar fabrik, Tokyo. Disinilah segalanya bermula setelah pencarianku memburu Japanese Cotton selama 3 tahun lamanya. Lama tu!!! sampai boleh siap satu tesis! Kalau terjumpa sebelum tu mesti tak siap-siap tesisku itu. :DDD
Kedai makcik cantik
Gambar di atas adalah kedai kegemaranku dan kawanku yang bernama SS..Haa siapa tu yer. Tuan empunya diri mesti tahu.. Adakah Spongebob Squarepants? hihi.. Mana mungkinkan? Aku gelarkan kedai ini kedai makcik cantik sebab tuannya memang cantik dan sentiasa bergaya seksi. Solekan ringkas tapi kemas dan sentiasa senyum sebab dia tahu aku selalu tidak menghabiskan beg plastik kedainya kerana kubawa sendiri beg troli/beroda atau hiking necksack seperti hendak berlepas ke lapangan terbang. hihihi... itu tidak kelakar kerana kebanyakan orang Jepun pun mempraktikkan benda yang sama.. cuba teka kenapa? kalau betul.. kuakan hadiahkan kain yang masih ada dalam simpananku. (hanya sah untuk mereka yang tidak pernah ke Nippori sahaja.. :D). Tinggalkan alamat email anda yer.
Onigiri-nasi kepal telur ikan (my favourite)-gambar ini terpaksa disensored kerana kuadalah public figure..hihihi
Yang penting pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk membeli belah. Oleh kerana kusenang pitam tengok kain, mana taknya belek sahaja berejam.. itu pun tak masuk mengusung berkayu-kayan dan beratur panjang untuk dipotong, memang lama kena berdiri. Apatah lagi ketika berbadan dua. Kalau berbadan tiga tak tahulah macam mana.. hihihihihi
Makcik ni kata "mata aemashou" = jumpa lagi ! bukan mata air masuk ya :DD
Apa yang anda tunggu lagi?. Ayuh!!! Mari gegarkan Nippori seperti gegaran promosi hebat Airasia dengan penerbangan ke Lapangan Terbang Haneda. (Lebih dekat berbanding Lap.Terbang Narita untuk ke Tokyo). Jom!! jumpa di sana!! AirAsia, tiket percuma untuk saya satu!! ;p. Jangan lupa jawab teka teki mudah di atas tu ya!!
7 comments:
Nak Nuno..Nak Nuno.. tapi tak tau jawapan. kalau jawab siapa gerangan SS tu boleh dapat nuno tak? hihi..
syoknya dapat pergi fabric heaven mcm ni. rupanya toyota cipta mesin jahit dulu. patutla ada mesin jenama toyota :)
Dura.. good attempt tu.. Saya KIV dulu.. kalau bagi hint nanti semua orang jawab betul :) Memang syok especially bila time stress :D . Toyota memang hebat!! klu nak tengok antara mesin pertama dia memang ada kat Univ lama saya dulu
hi..salam perkenalan...
seronoknya tgk kedai2 kain kat jepun ni ye..
ehem... macam sibuk jek nak enter frame gak...kalau lama dah x gi Nippori tu bleh kira qualify dak..
SS...hhhmmm mcm penah dengar.. *wink*
biler nak mari Nihon ni..?? Nabilah stay ngan papa.. dia good girl x pe.. hehehe
hi lia.. hajimemashite ;).. memang best..
MyBotang..Hi SS!! ;). alamak you are over qualified la ;D. Papa kata nak hanami. harap2 Nabilah dah boleh jalan time tuh..
best nyer jalan2 kat fabrik street tuh.. bilalah ntah nak kesana.
Oh Mila.. asalkan ada masa pasti boleh sampai ke sana!
Post a Comment