Rasanya ini projekku paling lama untuk disiapkan. Flower girl dress untuk majlis perkahwinan adik kawan lama sekolahku dahulu. Kumula menjahit ramadhan yang lalu tetapi siap sepenuhnya selepas syawal berlalu.

Sangat mencabar untuk menggunting kain satin ini kerana permukaannya yang sangat licin serta berat dan jatuh. Berpin-pin juga keliling kain dan mengambil masa menggunting yang agak lama.

Oleh kerana warna kuning cair ini agak nampak jarang, bahagian dada baju dilapik sebelah luar dengan kain lace dan bahagian kain/skirt juga dilapik sebelah dalam.
Empat saiz yang berbeza tetapi kumenggunakan resepi atau sifir jahit yang sama. Nak tahu resepinya? Tungguuuuu :D

Akhir sekali kutambahkan pin bunga ros di dada kiri baju dan di pengikat kepala untuk menambahkan sedikit seri. (macam pelik sedikit ayat ini kan?)

Semoga kudapat bertemu dengan flower girls ini dihujung minggu nanti. Selamat berkarya semua...
2 comments:
cantik!! 4 helai pulak tu. saya buat sehelai pun terkial2 bila work with satin ni.well done ! :)
san kyu Dura... semput juga menyiapkan semua tu tapi seronok bila dah selesai :)
Post a Comment