Monday, October 25, 2010

P=Projek Paling Pantas

Kali ini kudapat berkarya sepantas kilat hihihi. Kuberjaya sempurnakan projek ini dalam masa kurang dari 45 minit. Langsir ini mirip noren yang biasa digunakan di Jepun yang dihias dipintu sebagai pembahagi suatu ruang.



Kain yang telah dipotong tiga

Projek ini mudah kerana kain yang telah dibeli memang sudah direka selebar 20 cm. Maka ku hanya perlu potong mengikut panjang yang kuinginkan.

Setelah dijahit tepi. Kugunakan benang berwarna pelangi untuk kelim tepi.


Jangan tenung lama-lama dapur yang bersepah ini ya!
Oleh kerana teruja dengan hasilku yang pantas itu, maka cepat-ccepat kugantung di pintu dapur rumahku. Dan hasilnya.. seperti gambar di bawah ini. Bunga Ume (plum) yang tersergam indah.


Inai-inai.. Baa = Aummm Cak

Dan baki kain?? Buat sementara waktu kugantung di pintu almari khazanah stok kain-kainku yang sedia ada. Awas!!! Jangan pengsan bila membuka pintu itu ;D hahaha.. kerana mungkin akan keluar Sally seperti cerita Monster Inc itu...


Mungkin akan dijadikan hiasan dinding di pejabatku??
Selamat Bekerja.. Selamat berhari Isnin!! Semoga anda semua ceria selalu..

0 comments: