Wednesday, November 3, 2010

Q = Qurbaan Qaliilan = Sedikit Pengorbanan

Sudah lama tak berbahasa Arab. Banyak perkataan yang pernah kubelajar dulu. Tapi bila google dalam kepala mesti keluar perkataan Jepun :DD. Memandangkan A`idil adha semakin hampir, jom kita berkorban. Sekadar sedikit perkongsian maklumat untuk anda yang ingin sedeqah korban di Palestin.



Messy studio ;)

Kali ini kuingin bercerita tentang pengorbanan masa papa yang telah bersusah payah menyiapkan meja menggosok bolehubah di studioku. Terima kasih papa kerana telah menghasilkan sesuatu yang diluar jangkaan sebagai tukang kayu yang masih amatur.

sesuai untuk sesi penggambaran hasil karyaku yang 'petit'

Meja gosok ini boleh dilipat ke dinding supaya dapat menjimatkan ruang. Ianya dibuat dari lebihan marmar yang kusimpan lebih 5 tahun yang lalu semasa membuat kabinet dapurku. Kelebihannya yang tahan panas itu, tidak memerlukan sebarang alas. Tetapi ada sedikit masalah yang timbul kerana kewujudan caj elektrostatik yang agak tinggi. <--- boleh kaji di makmalku nanti :D -selalu berangan^angan seperti saintis penyiasat yang kacak dalam siri drama ガリレオ


froggy bath temperature ;)

Dan ini adalah karyaku yang novel sekali untuk minggu lepas ;)) hihihi. Keranaaaa

Hasil asal - bak kata orang Jepun maa maaa

Semalam, kami (aku dan NONI) asyik 'boasting' jer tentang sulaman benang sutera itu. Aku sengaja menggunakan baki cotton koleksi Robert Kaufmann yang agak kosong untuk menjahit beg uncang untuk NONI. Yang paling seronok sekali ialah NONI telah menawarkan khidmat jahitan sulamannya untukku (sebagai sistem barter!!!) ... Waaaaaa bisa tak tidur untuk siapkan karyaku seterusnya


Cantikkan?.. Hasil yang sangat luar biasa bila gunakan riben sutera.. masih ada masa untuk beli belah di Yee Button(Craft world) di SS2 Kelana Jaya (on year end SALE) . ;D

Bagi anda yang sukakan sulaman riben harus ke sana kerana ada sesi kelas bersama sifu (face to face) setiap hujung minggu. Menarik bukan? Sekarang saya sedang membaca buku tulisan Ann Cox tentang sulaman riben sutera. Fakta menarik ialah dia adalah seorang penggubah kek-memang patut hasilnya sangat SUGOI (dahsyat!!)

2 comments:

asuhara sue said...

manabu sensei memang kakkoiii (tak ada kena mengena betul komen ini dgn entri)
p/s: lepas saya dah 'terre'menjahit bolehlah buat sistem barter dgn saya pulak!

Nuno Lady said...

asuhara sue..
Yukawa manabu sensei memang kakkoii.. :D.. kawarimashou!! Kami selalu teka apa teori dia sebelum drama habis.. sappari wakaranai!! hihi