
oleh kerana fokus mata agak kurang baik, aktiviti menjahitku terhad kepada jahitan suka ria sahaja. Seronok juga bermain dengan felt.

Tak sempat gosok gigi, Nabilah dah sedia untuk bermain dengan quilt ABC. Latarbelakang quilt biru itu memang sudah siap dijahit semasa dibeli. Jadi, kucuma perlu tampalkan abjad sahaja.
Beginilah rupa bahagian belakang quilt ABC tadi.
A-Ayam, B-Bola, C-Cawan, D-Dacing, E-Epal, F-Feri
Dan dapatlah siap sampai abjad J dan kucuba bermain dengan penataan cahaya dari tingkap studioku untuk sesi fotografi. klik..klik..
G-Gajah, H-Harimau, I-Ikan, J-Jagung

Dan dapatlah siap sampai abjad J dan kucuba bermain dengan penataan cahaya dari tingkap studioku untuk sesi fotografi. klik..klik..

Salam berhujung minggu dan Salam Maa'l Hijrah!!
0 comments:
Post a Comment