Cuti sekolah memang sedia maklum kita akan sibuk berkenduri kendara ;). Kalau dah jumpa sanak saudara tak ubah seperti berhari raya!! Minggu lepas adalah kali ketiga kumenghadiri walimatul urus di 'NurKasih land' aka Sungai Besar (berhampiran Kuala Selangor dan Sabak Bernam). Waaah.. makan sedap betul. Nasi putih dan lauk kampung dengan suasana sawah padi luas terbentang. Bak kata papa boleh dijadikan destinasi cuti-cuti Malaysia akan datang.. ;)) untuk misi 'Apa itu Menterang?'
Agak jenuh juga memkirkan hadiah yang ingin dikirimkan kepada raja sehari kali ini sampai papa hampir putus asa. Dan akhirnya kami membeli sebuah buku dan kebetulan kutelah siapkan Table Runner (Pelari Meja??). Hmm... Lain dari yang lain detik hatiku :) kerana kami belum pernah memberi buku sebagai hadiah. Tak sangka pula buku+Table Runner merupakan pasangan hadiah yang sesuai kerana Table Runner itu boleh dijadikan pembalut hadiah (ala ala Furoshiki gitu..). Idea yang kebetulan membuat kami teruja (syok sendiri la tu yer..) iaitu 2 hadiah dalam satu dengan 0 buangan (zero waste)
Dan kutitipkan ucapan untuk mereka berdua disebalik penanda buku ini. Terima kasih MyBotang kerana memberikanku idea supaya tidak membazir :))
0 comments:
Post a Comment