Sunday, February 7, 2010

E untuk Emosi Epal


Pelik tak tajuk kali ni?.. Sebenarnya saya nak kongsikan hasil baju 'Epal' saya. Saya dan emak gelarkan baju ini potongan 'anak patung'. Untuk sesiapa yang baru hendak belajar jahit baju, saya cadangkan blaus ini yang mudah untuk digunting dan jahit. Inshaallah akan saya kongsikan tutorialnya kemudian. Yang pasti ianya selesa dipakai kerana kedudukan bahunya yang terletak. Saya kerap pinjam baju emak yang berpotongan sebegini walaupun saiz baju emak sangat besar :D .





Potongan baju ini juga saya gunakan untuk menjahit baju kurung Cumi dan baju kurung Chara. Baju kedah untuk nenek seperti dalam gambar ini pun saya gunakan potongan ini kerana ringkas dan longgar.




Apa kaitan dengan Emosi yeak? Kain epal ini sebenarnya adalah kain cadar bidang 90" yang dibeli di pasar malam. Emak memang suka jahit cadar untuk koleksi sendiri dan sebagai hadiah untuk sahabat handai dan saudara mara. Jadinya bila kuselongkar kain-kain perca milik emak, terjumpa pula kain ini yang pada mataku sangat ceria jika dibuat baju. Oleh kerana jumlah panjang yang terhad, bahagian lengan baju itu terpaksa disambung. Emosinya ialah bila anak sedara panggil "Bik Noor.. Cadar bergerak!!... " erkk... dia tahu daa.. kain itu kain cadar yang emakku jahit. Nasib baik dia tak panggil di khalayak ramai seperti di bank atau di pasar. hihi.. apa perasaan anda? EPAL atau oren? emosi malu sudah pasti. Mungkin ada yang ingat aku gunting cadar untuk buat baju.. Apa pun kerana aku peminat cotton sejati.. senyum sajalah... yang penting baju ini hanya satu dalam sejuta.. mungkin boleh menyamar jadi sumpah-sumpah atas katil sebab sedondon dengan warna dan corak kain cadar :D...

3 comments:

d u r a said...

haha sama la saya kalau dah berkenan kain cotton tu, tak kira la kain cadar ke..langsir ke..asal cantik hehe

Nuno Lady said...

Dura... tu la klu dah tak tahan.. ;)
org Jepun kata OTAKU...

Maia said...

haha lawaklah nuno..
tapi coraknya memang comel..