Hasil yang membanggakan dengan 'trim catcher' berinovasi biasa
Selesai satu keping langsir, kucuba mengacu di tingkap studioku. Warna dan corak langsir nampak serasi dengan warna dinding studioku. Pencahayaan juga dapat menghalang cahaya matahari yang panas. Untuk berkarya di waktu malam tiada masalah nampaknya. Akan tetapi berkarya di waktu siang agak 'muri' kerana kuterpaksa menghidupkan lampu.
Pencahayaan waktu malam dan siang
Akhirnya... kumemutuskan untuk menggunakan tirai kayu dwiwarna (coklat dan putih) untuk menjaga kesihatan mataku. Papa kata cantik, mama pun senyum sampai ke telinga. Sekurang-kurangnya tirai baru ini akan menjadi sumber inspirasi dan terapi untukku. Tirai ini juga berkesan mengawal suhu dan kelembapan studioku disamping mengawal cahaya yang masuk.
Studioku berwajah baru
Semoga anda semua sihat sejahtera untuk terus berkarya!!
2 comments:
sihat tu harta tak ternilaikan? gengki de ne!
betul tu... arigatou asuhara sue
Post a Comment