Tuesday, November 8, 2011

Cerita Baju

Salam Aidil Adha semua. Beberapa minggu lepas, ku sempat mencuri masa untuk menjahit baju sendiri. Siaplah beberapa koleksi terkini untuk menggantikan baju-baju yang sudah mula berbulu-bulu.

Khas untuk aidiladha, baju kurung moden bersulam ini siap juga akhirnya. Lama juga ku peram kain sulaman ini kerana tidak ada kuasa tinggi seperti boboiboy untuk mengguntingnya. Lebihan kain dari bidang 60" ini tidak ku sia-sia kan. Kainnya ku reka berdasarkan kain kepada pakaian"hakama" yang pernah ku pakai suatu ketika dahulu.

Ini pula adalah koleksi terbaik bulan september lepas. Baju kurung moden sekali lagi (alasannya-cepat dijahit sedap dipakai). Kontra warnanya menambat hatiku. Corak kain ini berdasarkan bunga poppy ini direka sempena musim panas 2009. Corak bunga yang besar ini selalunya direka khas untuk membuat pakaian yukata (ala-ala kimono) yang hanya dipakai pada musim panas sempena pesta bunga api.

Ini pula kurung pahang (cubaan ketiga) menggunakan pola yang rapi. Sebelum ini ku hanya menggunakan ukuran asal baju yang ditekap-ukur pada kain sebelum menggunting. Hasilnya agak pantas juga.


Menggunakan pola yang sama, ku berjaya menyiapkan kurung pahang koleksi ke-4 untuk tahun ini. Super cotton ini memang selesa dipakai.

Akhirnya, ku sempat menyiapkan tempahan oleh rakan sepejabatku. Blaus dari kain viscose dengan potongan yang serba ringkas.

Sekian dulu... kembali bersiaran nanti ya. ;))

0 comments: