Friday, September 16, 2011

Cerita Langsir

Salam lebaran buat semua. Akhirnya sudah lebih 2 minggu kita berada di bulan Syawal. Saya percaya ramai yang sibuk menghadiri upacara rumah terbuka dan walimah. Semoga anda semua sentiasa bergembira disamping keluarga tercinta.

Syawal kali ini disambut dengan kehadiran langsir baru di rumah ku. Masihkah anda ingat dengan corak ini yang telah dijahit sebagai NOREN (pembahagi ruang)? Kali ini ku gunakan baki kain yang tinggal sebagai hiasan dinding ala NOREN untuk menutup tingkap udara bilik air yang kurang sedap mata memandang dari ruang membaca kami yang kini menjadi ruang longgokan mainan Nabilah.
Kombinasi dua wajah berbeza, sedikit sebanyak menambahkan seri corak asal kain NOREN ini *versi perasan?? hihihi*. Corak kain ikan koi adalah lebihan kain dari projek disini tempoh hari.

Ini pula versi langsir lama dari simpanan stok kain ibuku yang tidak berusik bertahun lamanya. Walaupun agak nipis, langsir ini tetap 'tahan lasak' di mamah usia hampir 8 tahun.

Dan inilah penggantinya kini. Kombinasi corak ikan koi dan kolksi alexander henry yang pernah digunakan disini pada sesi syawal yang lepas dan disini. Ini adalah percubaan keduaku menggunakan kombinasi seperti koleksi hiasan dindingku diatas kerana permintaan papa yang tidak suka melihat satu tona warna atau corak.

Hasil permintaan papa juga meberikanku idea untuk menggunakan kain yang berbeza untuk langsir di"sliding door". Hasilnya agak memuaskan hati setelah kucuba mengoptimumkan warna dan kegunaan dari stok kain yang sedia ada *alasan sebenarnya ialah panjang kin yang tidak mencukupi*... Masa yang diambil untuk mencantum langsir ini lebih lama dari sebelum ini.

Dan tidak ketinggalan juga dengan langsir raya dipejabatku ini. Semestinya lain dari yang lain ;))

Salam aidilfitri.. dan Selamat kembali berkuliah buat teman-teman seangkatanku.

0 comments: